Wednesday, June 22, 2011

to ponder.....

Monsieur l'abbe, I detest what you write, but I would give my life to make it possible for you to continue to write.
- Voltaire

Note: 
A pity that some of us make it impossible for someone to continue to write.....

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com

to ponder.....

We can have democracy in this country, or we can have great wealth concentrated in the hands of a few, but we can't have both.
- Louis D. Brandeis


Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com

Wednesday, June 15, 2011

life is like a box of chocolate

Life is like a box of chocolate, you'll never know what you're going to get.
-Forest Gump The Movie.

NOTE:

In a box of chocolate you'll always know that what you're going to get is chocolate. In reality of life, you'll never know what you're going to get.
One day on my way to work in Segamat I've forgotten my wallet and I thought to myself 'No lunch today'. But by lunchtime I had a good lunch after a department meeting, (In life you'll never know what you're going to get). We had Nasi Ayam for lunch, I pick up this nice juicy chicken drumstick to put in my mouth somehow slip and fall to the ground, and I end up with a small piece of chicken wing.(Reality is you'll never know what you're going to get in life, and what is meant for you is for you and what is not, is not for you, even when it is close to you mouth).

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com

Wednesday, May 25, 2011

Motorsikal

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Balai Polis di Belanda

Sekarang ini sedang berada di Balai Polis Leidschendam, membantu rakan dari Malaysia yang kehilangan pasport.
Apa yang saya nak utara disini ialah mengenai perkhidmatan yang diberi oleh Balai Polis ini, selain dari layanan yang mesra (tanpa cogankata atau slogan "mesra cepat dan betul"PDRM), adalah suatu khidmat yang unik ialah disediakan mesin minuman kopi/teh untuk pelanggan dan yang memeranjatkan ialah perkhidmatan minuman ini adalah PERCUMA!
Dr Azman
The Hague, Netherlands

Monday, May 23, 2011

Tahniah, Malaysia ke 10 pengguna arak

Tahniah, Malaysia ke 10 pengguna arak

Written by Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan 'tahniah' kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa Malaysia ke rangking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar di dunia.

Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah Negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika.

Demikian kata Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Kata Herman, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menganggap pengakuan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie sebagai satu bukti kejayaan gelap BN selama 12 penggal mereka memerintah negara ini.

Ranking yang telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ini juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan lebih dari RM1.5 bilion setahun untuk membeli arak.

Setiap tahun, 30 peratus kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol.

Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah.

"Sampai bilakah kerajaan BN mahu pertahankan rekod ini?" soal beliau.

Beliau mengesa kepada pihak berkuasa kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan persekutuan supaya serius menangani perkembangan industri arak dinegara ini.

Pengeluaran arak di kilang-kilang dalam negara hendaklah dikurangkan, dan permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru hendaklah dibatalkan, cadang beliau.

DPPWP juga mahu pihak berwajib memantau aktiviti penjualan arak dikedai-kedai, restoran dan kelab malam.

Bagi beliau, arak tidak sepatutnya dibiarkan dijual secara terbuka seperti dikedai-kedai ubat dan 7-Eleven yang beroperasi 24 jam.

Akses pembelian arak yang begitu terbuka menyebabkan rakyat negara ini begitu mudah terlibat kepada gejala penagihan arak ini, katanya.

DPPWP juga kesal kerana kerajaan gagal menghalang umat Islam mengadakan urusniaga arak dan meminumnya.

Oleh itu, kerajaan wajib memberikan kuasa penuh kepada JAKIM dan Majlis Agama Negeri memantau umat Islam dari terjebak kepada arak, katanya.

Islam mengharamkan umatnya meminum arak. Bukan hanya kepada rakyat biasa tetapi kepada golongan kaya dan pemimpin sekalipun, hukumnya tetap haram disisi Islam.

"Bagi yang bukan Islam, DPPWP menasihatkan supaya menjauhi arak. Kesan mabuk akibat arak lebih banyak keburukkannya dari kebaikan. Maka carilah minum yang lebih menyihatkan dan memberikan kebaikan kepada diri anda," katanya.

Beliau juga berharap agar kerajaan tidak terus menerus menutup mata, memekakkan telinga hanya kerana cukai arak yang tinggi dapat memberikan pulangan kepada dana kewangan negara.

Ahli-ahli parlimen wajar membincangkan isu ini dan mencari langkah-langkah penyelesaikan terbaik bagi menyelamatkan rakyat, katanya.

DPPWP berharap agar pemimpin Islam dan bukan Islam dinegara ini dapat mengambil perhatian serius fakta WHO ini dan berusaha menjadikan negara ini bebas dari pengaruh arak, tambah beliau
Dr Azman
The Hague, Netherlands