Tuesday, October 12, 2010

to ponder.....driving

Any man who can drive safely while kissing a pretty girl is simply not giving the kiss the attention it deserves.  
~Albert Einstein

The best car safety device is a rear-view mirror with a cop in it.  
~Dudley Moore

Note:
Sepanjang aku tinggal di Belanda belum pernah aku melihat pemandu atau penumpang kereta membuang sampah walaupun puntung rokok di jalanraya. Berbanding di Malaysia bukan setakat puntung rokok, bungkusan McDonald, kulit rambutan, malah kulit durian pun pernah aku nampak di campak dari kereta ke atas jalanraya!!! Berbeza sungguh sikap kita ini.
Juga sepanjang aku tinggal di sini jarang sekali aku melihat kemalangan jalanraya, malah kemalangan ngeri tidak pernah aku dengar sejak berada disini. Memandu di sini sungguh mencabar dan perlu kepada tumpuan yang tinggi, sebab di sini basikal banyak terutama di kawasan pusat bandar, di atas jalan yang sama terdapat "tram" yang bersimpung siur. Aku lihat disini sikap pemandu jauh berbeza, contohnya kita di M'sia apabila nak lintas jalan kita kena tunggu sehingga tiada kereta baru boleh lintas, tetapi disini kereta akan tunggu sehingga tiada pejalan kaki atau penunggang basikal baru boleh jalan. Sesungguhnya sikap pemandu perlu kita ubah bagi menjamin keselamatan jalanraya.......

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com

No comments: