BUMI DAH PENAT
Kita selalu/biasa membaca di dada akhbar ata melihat di kaca televesyen tentang bencana alam dan malapetaka yang berlaku di serata dunia. Sungguh menakjubkan atau memeranjatkan kerana peristiwa sebegini mengganggu kehidupan seharian kita. Kita merasa sedih dan kasihan melihat mereka kehilangan tempat tinggal, kehilangan perniagaan, kehilangan harta benda malah kehilanagan nyawa. Malahan ada bencana yang menghancaurkan seluruh komuniti.
Bencana alam/malapetaka ini adalah berlaku secara semulajadi, tetapi melalui sains dan teknologi kita dapat meramal/menjangka sesuatu malapetaka akan terjadi, malah kita mungkin juga dapat mengelak dari berlaku malapetaka tersebut.
Penting bagi kita memahami mengapa malapetaka berlaku. Mudah pada abad yang lalu mempotraitkan malapetaka sebagai huru-hara, tidak dijangka dan tidak diramal.
Alasan yang selalu diberikan keatas kejadian malapetaka ini adalah balasan tuhan keatas manusia. Maka segala malapetaka yang menimpa manusia seperti, gempa bumi, kebuluran, banjir, rebut taufan merupakan balasan tuhan keatas kemungkaran manusia.
Abad ke dua puluh member kita kefahaman bagaimana bumi berfungsi. Sekarang kita boleh menerima; banyak malapetaka boleh dijangka atau diramal. Malah ada malapetaka yang berlaku dapat diramal dan tindakan mengelak dapat diambil. Kebanyakan malapetaka adalah akibat kuasa semulajadi alam, tetapi terdapat juga elemen manusia yang memburukkan lagi keadaan.
No comments:
Post a Comment