Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala
masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa
lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan
billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan
umno/BN.
1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat
sebanyak RM12.7
billion.
Tun Dr Ling Liong
Sik mengaku tidak bersalah di
atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan
memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh
memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik
koperasi nelayan Melayu di
Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus,
iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga
mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada
syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri
Tiong King Sing.
2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak
RM500 juta.
- Harga
asal pembelian: €1.14 billion
(RM4.52 billion)
- Kos
Senggaraan jangka panjang:
€999.15 juta
(RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi
kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun
2002.
Permohonan
tambahan daripada Kementerian
pertahanan pada Sidang
Belanjawan 2011
- RM417
juta untuk membiayai kontrak
senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
- RM56
juta untuk bayaran pendahuluan
sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
- Sebelum
ini, kerajaan sudah membayar
€999.15 juta
(RM3.964 billion) - Rujuk di atas.
3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.
- Kerugian
akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak
dan gas Bulhanine dan Maydan
Mahzam di Qatar serta
projekhidroelektrik Bakun.
4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium
Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.
- MISC
(anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk
membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan
sebanyakRM1.7 billion
bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau,
Mirzan.
5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.
6.
Kerugian Pos Malaysia (Transmile)
RM5460 juta.
7. Perjanjian pembelian Eurocopter
sebanyak RM1.67
billion.
- Harga ditawarkan oleh
Eurocopter Malaysia
yang dipilih oleh kerajaan:
RM1.67 billion
- Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)
8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu
yang runtuh sebanyak RM292
juta.
9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta
10. Akaun bil terlebih bayar Maybank
sebanyak RM4
billion.
11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di
Kementerian Pelancongan RM10
juta.
12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.
13.
Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.
14.
Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.
15. Baikpulih
bangunan MATRADE sebanyak RM120
juta.
16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM
sebanyak RM200
juta.
17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.
18.
Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.
19.
Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.
20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan
daripada Approved Permit
(AP) yang dikeluarkan bagi
tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.
21. Senggaraan
kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak
Muzium Negara) sebanyak RM4.1
billion.
22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut
sebanyak RM6.75
billion.
23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an
sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.
24.
Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun
1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6
billion)
25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar
negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.
26. Kerugian
Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).
27.
Menggunakan dana awam sebanyak
RM10 billion
dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran
saham.
28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta
(RM348 juta) - sama seperti No. 18?
30. Kehilangan
royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak
RM7.4 billion
(antara tahun 2004 – 2007)
31. Sejak penubuhan Petronas
Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan
perbelanjaan sebanyak RM500
juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan
kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul
Jalil (Menteri Kemajuan Wanita)
RM404,726 dan
Abdul Hamid Othman (Agama)
RM549,675 pada
setiap tahun.
33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima
tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah
membayar RM2.21
billion untuk membeli pelbagai
kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang
perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang
dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium
telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan
segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan
perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah
syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT
Defence Sdn Bhd berjumlah RM910
juta. Ada kaitan dengan No. 2.
35. Kerajaan membuat
bayaran RM300
juta sebagai ganti rugi yang
dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang
bernilai RM1.1 billion.
36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan
kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek
Jambatan Bengkok dibatalkan.
37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran
Bangunan Parlimen Malaysia.
38. Program Angkasawan Negara yang menelan
belanja – RM40
juta
39. Dianggarkan sebanyak
RM500 juta
setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara
40. Menanggung
kerugian Eye of Malaysia – RM30
juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket
percuma.
41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal
42. Pada
September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi
berjumlah RM38.5
billion kepada 20 buah
syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya
menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada
tahun 2008 sahaja.
43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh
syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli
keluarganya.
44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia
Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS
berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah
lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan
No. 11)
45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra
sebanyak RM4.486
billion.
46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT
sebanyak RM3.256 billion.
47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem
Pembetungan Kebangsaan bernilai
RM192.54 juta.
48. Menanggung kerugian (bailout)
Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak
RM142 juta.
49. Menanggung kerugian (bailout)
Penjara Kuching bernilai RM135
juta.
50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan
Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.
51. Menanggung
kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.
52. Agihan
secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah
Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan
pemimpin BN yang bernilai
berbillion-billion ringgit.
53. Pindah-milik puluhan ribu hektar
tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum
keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion
ringgit.
54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila
menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam
dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang
panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada
ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas
terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan
Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak
dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh
keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini,
Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan
Rakyat.
Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur
perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah
merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan
beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi
identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan
Petronas.
55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang
berharga RM50. (*)
56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol
bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)
57.
Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)
58. Thumb drive berharga RM90
dibeli dengan harga
RM480
(*)
59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli
dengan harga
RM13,500
(*)
60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar
dengan harga
RM143.
(*)
(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk
SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit
item yang sama.
61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.
62.
Membayar subsidi RM17
billion kepada Penjana Tenaga
Bebas (IPP)
63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah
dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat
bayar?
64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.
65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan
belanja RM50
juta.
66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP),
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli
saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.
67.
Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion
68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab
Dubai!!
69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney
pada kadar
RM65,100untuk sehari semalam.
70. “Lawatan Sambil
Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First
Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
71. Memperuntukkan dana RM100 juta
setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.
72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk
mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita
isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang
menelan belanja RM4.5
juta untuk tempoh TIGA
hari.
73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.
74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM
di Seri Perdana sebanyak
RM160,000sebulan.
75. Insinerator di Broga,
Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan
rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut.
Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed
gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5
bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi
kos operasinya setiap tahun.