Friday, June 11, 2010

Pilihanraya di Netherlands



Semalam Belanda telah mengadakan pilihanraya parlimen. Sungguh bebeza dgn Malaysia.
Tiada kempen, tiada pesta, tiada kemeriahan.
Tiada sepanduk, tiada bendera, tiada poster.
Tiada menteri merasmikan bangunan masjid yg telah siap 2 tahun dahulu.
Tiada menteri rasmi apa2 pun.
Tiada makan malam bersama pengundi
Tiada pertunjukan pentas.
Tiada kertas flyers.

Sungguh senyap dan sunyi aje pilihanraya disini.
Hari mengundi adalah seperti hari2 biasa.
Poster hanya ada di beberapa tempat sahaja itu pun dalam ukuran yg terhad (lihat gambar) di mana semua calon akan meletakkan gambar masing2.

Jauh beebeza....

No comments: