Thursday, March 17, 2011

Pantun Melayu

Pantun empat kerat:

Sichi loro telu papat.
Melayu bodoh Jawa dapat.
Limo nanam pitu wolu.
Melayu memang macam tu.

(Baris pertama dan ketiga dalam bahasa Jawa, yg bermaksud satu dua tiga empat dan lima enam tujuh lapan)

Pada 15 Mac 2011 aku telah berjumpa dgn seorang yg mengaku berketurunan Melayu di International Food and Drink Exhibition di London.
Semasa aku bersembang dgn beliau, aku teringat pantun di atas yg aku selalu ucapkan dlm kuliah aku utk motivasi pelajar2 aku.
Sebab dari perbualan aku dapati beliau berketurunan Jawa dari Indonesia, dimana moyangnya tlh berhijrah ke Afrika Selatan dan menetap di kawasan bernama Cape Malay.
Ironi nya ialah beliau menjual produk yg menggunakan jenama Cape Malay. Produk yg beliau promosikan ialah acar sayuran yg kita selalu makan bersama nasi beriyani atau nasi minyak. Boleh dikatakan acar sayuran dan buah ini amat sinonim dgn masakan Melayu.
Masakan Melayu tetapi Jawa yg dapat peluang, seolah-olah mengesahkan pantun aku.
Sehabis aku berbual dgn beliau, aku tersenyum sendirian teringat akan pantun dua kerat di atas yg selalu aku gunakan.
Melayu! Melayu!
Dr Azman
The Hague, Netherlands

No comments: