Friday, October 29, 2010

ZAKAT BERBAKI ATAU KITA KURANG BIJAK MEMBAHAGI

Salam,

Something to read and ponder.....

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com


ZAKAT BERBAKI ATAU KITA KURANG BIJAK MEMBAHAGI

 Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Mendengar cerita seorang anak yang hidup melarat dalam kemiskinan, tentulah menyanyatkan hati. Lebih menyayatkan hati jika kita ketahui bapanya masih hidup dan kaya raya pulak. Demikian mendengar dan menonton kisah-kisah kemiskinan dan derita kehidupan akibat kefakiran di negara kita yang disifat kaya dan senang amat menyanyatkan hati. Lebih menyanyatkan apabila kita mengetahui adanya pihak-pihak yang menguruskan zakat dengan mengumumkan lebihan zakat puluhan bahkan ada yang sampai ratusan juta saban tahun.

 

Akur Tapi Hairan

Sebelum saya meneruskan pena ini, saya terlebih dahulu ingin mengakui banyak hasil kerja dan usaha baik yang telah pun dibuat oleh pihak-pihak yang menguruskan zakat. Juga tulisan tidak ditujukan kepada pihak-pihak yang telah pun melaksanakan amanah mereka. Sebaliknya tulisan mewakili hati dan perasaan kehairanan sebahagian besar kaum muslimin yang tertanya-tanya terutama apabila melihat kisah-kisah duka kemiskinan yang dipaparkan oleh berbagai media. Ke mana perginya zakat dan pengurusannya?! Mengapakah masih ada lebihan zakat, sedangkan lebihan fakir miskin terus wujud?! Zakat tidak mengapa berlebihan jika semua asnaf sudah habis diberikan. Namun amat dukacita jika ramai yang menadah simpati dan tidak diberi, sedangkan zakat masih berbaki. Bahkan kadang-kala saya merasakan seakan program-program derita kemiskinan yang dipaparkan oleh sesetengah media adalah pukulan yang amat perit terhadap institusi zakat kita. Malulah kita hendak dibandingkan badan-badan kebajikan bukan Islam. Walaupun mereka tidak berkempen sakan untuk mengutip wang, tetapi selalu kita mendengar berita mereka memberi. Sedangkan kefarduan zakat yang ditetapkan oleh Allah mempunyai falsafah dan objektif yang amat hebat terhadap pembentukan masyarakat muslim. Nampaknya kita telah berjaya mengumpul, namun belum cukup berjaya membahagikannya.

zakat.jpg

Gambar Hiasan

Tidak Tahu

Saya pernah bertanya hal ini, ada yang menjawab; mana kita tahu, mereka tidak dapat meminta. Sebenarnya, tidak sepatutnya pengurusan zakat terlalu banyak bergantung kepada borang pemohonan. Usaha mencari adalah lebih utama. Ini kerana kebanyakan ‘mak cik-mak cik’ yang telah tua itu amatlah beban bagi mereka untuk mengisi borang. Bahkan dalam Islam, orang miskin yang tidak meminta itu lebih afdal untuk diutamakan. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 273:

(maksudnya) “(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak. dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.

Orang miskin dikenali dengan ciri-cirinya, sekalipun tidak meminta. Demikian penjelasan ayat ini. Malanglah bagi pengurusan zakat, jika stesyen televisyen dapat menemui mereka yang miskin melarat lagi menderita, tetapi yang diamanahkan untuk menguruskan zakat tidak berjumpa. Islam tidak suka budaya meminta. Ia suka budaya mencari untuk memberi. Menubuhkan badan penyiasat kemiskinan sebahagian dari tanggungjawab pengurusan zakat.

Beri Tanpa Fikir

Juga adalah mendukacitakan, jika wang zakat ini diberikan sekadar seratus atau dua ratus yang hanya cukup untuk setengah bulan atau sebulan. Kemudian terpaksalah si miskin menunggu tahun hadapan pula. Lebih malang lagi jika mereka terpaksa menunggu majlis yang dihadiri wartawan untuk mengambil hak zakat mereka. Sepatutnya zakat diberikan dengan kadar yang mengeluarkan si miskin dari daerah kemiskinan.

 Dengarlah kata-kata Saidina ‘Umar r.a.: “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”.

Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah)

Maka Saidina dalam kepimpinannya berusaha mengeluarkan mereka yang fakir dari daerah kefakiran dengan menggunakan harta zakat. Bukan sekadar memberi mereka beberapa suap makanan atau beberapa dirham wang. (lihat: Al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, 2/568, Beirut: Muassasah al-Risalah).

wang_zakat.jpg

Gambar Hiasan

Untuk Kahwin

Ramai muda-mudi yang tidak mampu berkahwin disebabkan faktor kewangan. Bukan tidak mampu menyara isteri, tetapi kos perkahwinannya. Mereka berhak mendapat zakat di bawah peruntukan kemiskinan. Ini kerana perkahwinan adalah sebahagian dari keperluan insan dalam hidup. Justeru itu pada zaman ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz beliau memerintahkan agar diiklankan setiap hari:

“Sesiapa di kalangan orang yang miskin, yang berhutang dan yang ingin berkahwin sila dapatkan peruntukan dari Baitul Mal” (ibid, 2/569).

Jika hal ini dilakukan dengan baik, tentulah banyak gejala sosial dapat diatasi dan barangkali zakat pun tidak berbaki lagi.

Sempit

Antara perkara yang mendukacita juga tentang zakat kita ialah, fokus pemberian zakat kepada para pelajar yang tidak berkemampuan banyak tertumpu kepada bidang agama. Sedikit pula perhatian atau jumlah zakat yang dikeluarkan kepada para penuntut ilmu yang bukan pengkhususan agama. Bidang-bidang perubatan, persenjataan, ekonomi dan seumpamanya kurang diberikan perhatian. Ini berlaku atas beberapa sebab. Antaranya; sempitnya konsep ilmu dan kefahaman tentang keperluan umat di zaman ini. Pada hal bidang-bidang itu adalah kritikal dan antara penentu kepada survival umat. Mungkin juga ada yang menganggap, mereka itu telah mendapat bantuan. Sebenarnya, jumlah umat Islam yang diperlukan untuk sesetengah bidang tersebut amat tinggi. Sementara kuota bantuan kerajaan adalah terhad. Ramai yang tidak dapat menyambung pelajaran ke bidang-bidang tersebut disebabkan tidak mampu kerana tiada bantuan. Ke mana perginya wang lebihan zakat?! Pelajar-pelajar yang mendapat habuan zakat untuk jadi ustaz sudah ramai. Mungkin kita dah terlebih ‘ustaz’. Tapi kita masih kurang pakar-pakar perubatan dan teknologi yang lain. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika membahaskan tentang peruntukan zakat untuk para penuntut ilmu menyebut:

“Bukanlah ilmu yang dituntut itu hanya terhad kepada ilmu agama semata. Bahkan merangkumi setiap ilmu yang bermanfaat yang kaum muslimin memerlukannya di dunia ini seperti ilmu kesihatan, pengembangan ekonomi dan bangunan, peningkatan kekuatan ketenteraan mengatasi musuh dan seumpamanya. Itu semua fardu kifayah. Ini seperti mana yang diputus oleh para penganalisa hukum. Maka tidak hairan kita dapati para ahli fekah Islam menetapkan mengenai hukum zakat; bahawa ia diberikan kepada penuntut ilmu sepenuh masa, dan diharamkan kepada ahli ibadah sepenuh masa. Ini kerana ibadah dalam Islam tidak memerlukan untuk seseorang meninggal segala urusan sepenuh masa, seperti mana yang diperlukan oleh ilmu dan pengkhususannya. Demikian juga manfaat ibadah ahli ibadah itu hanya untuk diri seorang sahaja, sedangkan ilmu penuntut itu untuk dirinya dan seluruh manusia. Bukan setakat itu sahaja, ahli-ahli fekah Islam menyatakan: “Harus untuk mereka yang fakir mengambil zakat untuk membeli buku-buku ilmu yang diperlukan yang semestinya untuk kepentingan agamanya dan dunianya. Kita mendapati pula ahli-ahli fekah mazhab Hanafi membolehkan dipindahkan zakat daripada satu negeri ke negeri yang lain –menyanggahi kaedah biasa- sekiranya pemindahan itu untuk penuntut ilmu yang memerlukan” (al-Qaradawi, Fiqh al-Zakah, 2/570).

Jikalau kefahaman kita diluaskan sehingga sebegini, maka banyak peluang akan terbuka kepada anak-anak kaum muslimin meneruskan pengajian dalam berbagai bidang. Tidak ada lagi cerita insan yang tidak mampu ke universiti kerana tidak mampu membayar yuran. Juga tidak ada lagilah kisah pelajar kita yang tidak mampu membeli buku rujukan dalam bidang-bidang yang tinggi kosnya seperti perubatan, sedangkan zakat kita berlebihan.

Mazhab Terbuka

Di negara kita ini, dalam masalah muamalah nampaknya –alhamdulillah- kita sudah mula mesra berbagai mazhab. Banyak pandangan agama kita sudah mula terbuka. Kita mesti terus melihat lebih dari satu mazhab dalam masalah fekah selagi mana ia berteraskan dalil-dalil yang diiktiraf oleh Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Apa sahaja pandangan yang boleh menyempitkan fungsi zakat, mestilah dielakkan. Melainkan ada dalil yang jelas. Dahulu Dr Yusuf al-Qaradawi pernah mengkritik fahaman kita tentang zakat. Katanya dalam tulisannya Likai Tanjah Muassasah al-Zakah fi al-Tatbiq al-Mu’asir :

“Aku masih teringat, beberapa tahun dahulu aku telah melawat negera-negara Asia Tenggara. Antaranya Indonesia dan Malaysia. Di sana antara soalan penting yang berulang kali ditanyakan kepadaku, khas di Malaysia, oleh Canselor Universiti Malaya, para pensyarah dan pelajarnya ialah: “Adakah wajar siasah ekonomi Islam yang tidak mewajibkan zakat kepada peladang-peladang besar yang memiliki ratusan, bahkan ribuan hektar tanaman getah, atau teh, atau kelapa, atau mangga dan lain-lain, dalam masa yang sama mewajibkan zakat ke atas petani-petani kecil yang bertani gandum atau padi dalam kawasan yang kecil? Mereka mungkin juga tidak memiliki tanah pertanian tersebut, sebaliknya hanya menyewa?!!.Bentuk dan cara soalan ini bukan sekadar khayalan atau rekaan. Bahkan ia menggambarkan keadaan yang berlaku di sana. Keadaan yang digunakan kesempatan tersebut oleh golongan komunis dan seumpamanya untuk memburukkan gambaran dan hakikat zakat bagi mempengaruhi golongan muslim yang berpendidikan…sebab hal ini berlaku ialah kerana majlis-majlis agama Islam mereka terikat dengan mazhab yang diamalkan di sana iaitu mazhab al-Syafi’i r.a. Ia adalah sesempit-sempit mazhab empat dalam mewajibkan zakat tumbuhan dari bumi. Mazhab al-Syafi’i tidak mewajibkan melainkan apa yang menjadi makanan asasi sahaja, dan tidak selain itu. Bukan di sini untuk di bincangkan pandangan tersebut. Aku telah bincangkannya dalam bukuku Fiqh al-Zakah, sila rujuk. Apa yang ingin aku katakan di sini ialah; sesungguhnya pendapat al-Imam al-Syafi’i atau imam-imam yang lain (r.ahum) hanyalah ijtihad. Empunya diberikan pahala, samada salah ataupun betul. Maka menjadi hak kita untuk meninggalkan pendapat tersebut apabila ternyata kepada kita ia lemah dan selainnya lebih kuat” (Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Likai Tanjah Muassasah al-Zakah fi al-Tatbiq al-Mu’asir, m.s. 15-16, Beirut : Muassasah al-Risalah 1994).

Pindah Zakat

Pandangan-pandangan yang lebih luas patut dilihat. Antara masalah kita ialah sesetengah pihak terikat terlalu ketat dengan anggapan bahawa zakat sesuatu negeri tidak boleh dipindahkan ke negeri lain. Walaupun pendapat itu mempunyai alasan dari segi nas dan kepentingan setempat, namun ada kelonggarannya. Ada yang kata negeri kami semua dah cukup, sebab itu lebih. Lagi pun zakat tidak boleh pindah ke negeri lain. Inilah barangkali sebab berlakunya lebihan zakat. Sebenarnya anggapan ini salah. Para mujtahid Islam (ahli ijtihad) berijmak (sepakat) bahawa zakat boleh dipindahkan ke negeri lain jika ahli negeri zakat tersebut sudah mencukupi atau tidak memerlukan lagi. Lihatlah perbahasan hal ini dalam kitab-kitab fekah. Pemerintah atau pengeluar zakat itu sendiri boleh membawa zakat ke negeri atau tempat yang lain, jika berdasarkan keyakinan adanya keperluan atau kemaslahatan yang patut diutamakan di tempat atau negeri yang lain. (lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Zakah, 2/820). Bahkan pendapat al-Imam al-Bukhari mengharuskan secara mutlak dipindahkan zakat ke negeri lain di atas keumuman dalil Surah al-Taubah ayat 60 yang hanya menyebut asnaf yang layak menerima zakat tanpa dikhususkan tempat. (lihat: Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, 3/357, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

Zakat Untuk Dakwah

Kita sering mendapat maklumat adanya persatuan atau gerakan agama-agama tertentu yang memperuntukkan wang yang banyak bagi menawan orang ramai agar tertarik dengan mereka. Maka timbullah kisah-kisah orang menukar agama kerana termakan budi. Mengapa kita bising dan hairan. Sebenarnya, Islam melalui zakat telah lama membuat pemberian ini di bawah peruntukan golongan muallaf. Muallaf itu bukan sekadar mereka yang baru menganut Islam seperti tafsiran singkat sesetengah pihak. Bahkan ia merangkumi mereka yang belum menganut Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat tersebut menjinakkan hati mereka kepada Islam. Juga para pemimpin yang lemah iman. Diharapkan dengan pemberian itu menguatkan iman mereka. Juga pemimpin yang kuat iman namun mempunyai saingan dengan kaum kuffar. Dengan pemberian itu diharapkan pesaing mereka akan tertarik kepada Islam. Bahkan untuk golongan bukan Islam yang diharapkan pemberian zakat dapat mengelakkan mereka menyakiti umat Islam dan akan suka kepada agama ini. Dr Yusuf al-Qaradawi mengumpulkan peluasan ini dalam karyanya Fiqh al-Zakah. Jika hal ini dilihat dengan luas betapa kita dapat menggunakan zakat untuk berbagai aktiviti dakwah agar bukan muslim tertarik kepada Islam. Termasuklah memberikan bantuan kepada mereka yang cuba dipengaruhi agar murtad. Dengan pemberian zakat, boleh kembali menguatkan semangat Islam mereka. Malangnya, bukan sahaja tafsiran kita tidak luas tentang muallaf ini, bahkan ’saudara baru’ yang sedia ada pun tidak dijaga dengan baik oleh wang zakat. Sehingga ada yang keluar semula kerana tidak mendapat perhatian dari masyarakat Islam. Selepas itu kita hairan kenapa ada orang ingin murtad!!. Sepatutnya persatuan-persatuan saudara baru diberikan peruntukan zakat yang banyak agar wajah kita yang tercemar dek kisah ramai yang ingin murtad bertukar menjadi kisah ramainya orang yang ingin menganut Islam.

Amanah Allah

Banyak perkara jika hendak bincangkan tentang kesan zakat jika ia berfungsi dengan baik. Amanah Allah kepada pengurusan zakat dalam ayat 60 Surah al-Taubah itu hendaklah dipandang berat. Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Wang zakat bukan milik pihak pengurusan. Sebaliknya amanah yang mesti diserah dengan sebaiknya kepada yang berhak. Janganlah jadikan golongan yang berhak itu bagaikan peminta sedekah yang menagih simpati pengurusan zakat. Janganlah pula kereta para pegawai zakat sudah berulang tukar, sedangkan si miskin masih dengan rumahnya yang hampir roboh, anak yang sakit tidak berubat, yuran pengajian yang tidak mampu dibayar dan segala kesedihan yang lain. Janganlah pula si fakir terpaksa mencari tambang untuk datang ke pejabat zakat, sedang pegawai zakat hanya tersandar di kerusi cantik menunggu peminta datang.

Jika zakat benar-benar berfungsi, tentulah nasib umat tidak sebegini. Namun hanya kepada Allah kita mengadu. Umat kehairanan. Mereka kadang kala bertanya: adakah pengurusan zakat hanya bijak mencari, tapi tidak bijak memberi dan membahagi. Saya tidak tujukan tulisan untuk semua pihak yang menguruskan zakat. Bagi yang telah menepati pengurusan yang baik, hal ini tiada kaitan dengan mereka. Jika yang belum, tulisan patut diberi perhatian. Jangan sampai dituntut pada Hari Mahsyar kelak. Biarlah ada yang membantah hari ini. Jika kita sudah menepati, al-hamdulillah. Jika belum, baikilah.

written by:

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin



to ponder.....adversity

Adversity is like a strong wind.  It tears away from us all but the things that cannot be torn, so that we see ourselves as we really are.  
Arthur Golden, Memoirs of a Geisha

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com

Thursday, October 28, 2010

to ponder.....election

A politician thinks of the next election. statesman of the next generation.

James Freeman Clarke.

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com

Wednesday, October 27, 2010

to ponder.....knowledge and ignorance

The greatest good is knowledge, and the greatest evil is ignorance. 
Socrates

Note: 
I was surprised to learn that, some of us (academician included) are unwilling to learn, unwilling to investigate information, unwilling to seek knowledge and willing to remain ignorant. We are more interested in deletion rather than investigation. And here we dare call ourself man of knowledge. How are we to be knowledgeable if we remain to be ignorance? So seek knowledge even though it is against our principles or stance. 
Here in Europe I've met with quite a number of people who are Islamphobia or who are against Islam. But I don't run away or shy away from them, I learn from them. I talk to them to learn of their ignorance about Islam. They bad mouth Islam, they talk ill about Islam, but I don't DELETE them, I learn from them, I learn of their ignorance. I became knowledgeable about their ignorance. 
In my classes I always teach my students that 1+1=3, so that they will investigate, to find out if what I'm saying is true, is 1+1=3. In Islam also it is said that "if a 'munafik' bring you a news", investigate (we have all the tools, the theories and equipment) not deletion . When you investigate you are seeking knowledge, when you seek knowledge you're not ignorant. 
Islam teaches also that "Allah prefer one single knowledgeable person who prostrate over 1000 ignorance who prays."
Even Malay proverbs says "tuntut ilmu sampai negeri China" and "cari ilmu dari buaian hingga ke liang lahat".
My friends, seeks more information, there are two side of a coin, you will not know that the coin is valuable if you don't see the other side of a coin. Because a coin with one side has no value. Similarly there are two side of an argument, you'll not be able to make a good decision until you have the knowledge of both sides of the
argument.
Finally my friends, no malice intended, seeks more information to be more knowledgeable, please I beg of you don't remain ignorant.

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com

Tuesday, October 26, 2010

Pagi di musim luruh

Jam pukul 8.30 pagi, masih gelap, perubahan musim.
Dr Azman
The Hague, Netherlands

to ponder.....truth

It is error alone which needs the support of government.  Truth can stand by itself.  
~Thomas Jefferson, Notes on Virginia

Note:
Search
for its deeper meaning.....

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com

Sunday, October 24, 2010

Kitar semula

Ini adalah tong sampah kitar semula yang disediakan oleh majlis daerah. Tong sampah kitar semula ini disediakan di merata-rata kawasan perumahan. Masyarakat di Belanda ini sangat perihatin dengan alam sekitar. Malah di kebanyakan pasaraya terdapat tempat kitar semula yang memberi diskaun tiket untuk barangan kitar semula. Harapan pada 2020 nanti masyarakat Malaysia akan begini juga?
Dr Azman
The Hague, Netherlands

Kitar semula

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Saturday, October 23, 2010

Haagse Markt

Pasar basah, di mana ramai kaum pendatang berniaga terutama dari Turki. Ekonomi di Belanda turut disumbang oleh kaum pendatang, kemajuan di sini tidak akan dicapai tanpa kehadiran kaum pendatang. Dan kau kita lihat di Malaysia kemajuan kita mungkin tidak tercapai seperti sekarang tanpa kehadiran kaum Cina, India dan lain2. Maka mengapa kita perlu kepada sentimen perkauman ini?
Dr Azman
The Hague, Netherlands

Friday, October 22, 2010

Mimbar Masjid Al-Hikmah The Hague

Baru selesai solat Jumaat di masjid ini, kutbah bertajuk ibadat haji. Teringat semasa kecil dulu title Haji ini kita gambarkan dan kita lihat orang yang tinggi ibadah nya dan tinggi amalan agamanya. Tetapi sekarang; oleh kerana segelintir manusia yang mengejar haji itu untuk title "Haji" tetapi tingkahlaku dan perbuatan mereka telah mencemar gelaran itu. Sungguh sedih sekali.
Dr Azman
The Hague, Netherlands

Wednesday, October 20, 2010

to ponder.....corruption

If a country is to be corruption free and become a nation of beautiful minds, I strongly feel there are three key societal members who can make a difference. They are the father, the mother and the teacher. 
Abdul Kalam 

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com

Suhu mula sejuk

Cuaca mula sejuk musim dingin hampir tiba.
Dr Azman
The Hague, Netherlands

Tuesday, October 19, 2010

to ponder.....education

Education is a social process. Education is growth. Education is, not a preparation for life; education is life itself. 
John Dewey 

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com

Sunday, October 17, 2010

Volendam

Sinar mentari terang, suhu dingin.
Dr Azman
The Hague, Netherlands

Volendam

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Saturday, October 16, 2010

Bas

Bas disini ada sistem hidrolik utk turun naik badan bas bagi memudahkan penumpang turun naik, terutama bg org tua dan OKU. Sungguh mengutamakan kebajikan rakyat.
Dr Azman
The Hague, Netherlands

Friday, October 15, 2010

to ponder.....Racism

Racial superiority is a mere pigment of the imagination.  
~Author Unknown

Notes:
Muslim were taught that Adam was the first to walk this earth. Christian and Jews were taught the same, I don't know about other religion teaching about Adam being the first human being on earth.
As Muslim I was taught that Adam is our great-great-great grandfather. We are the descendant of Adam be it black, white, yellow, brown or whatever color our skin are, we are from the same family tree (see National Geographic documentary on DNA testing confirming this scientifically) . 
So what the fuss (mata sepet ke, kulit hitam ke, kita semua sama dari keturunan Nabi Adam) about skin color or race?

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com

Thursday, October 14, 2010

to ponder.....Racism

Accomplishments have no color.
- Leontyne Price

Note:
It is not because of the color of your skin that makes you successful, it is your effort that makes you a success.....even after death when you go to heaven or hell there are no doors for different color of skin....so????? bak kata Raja Lawak tu ...Lu pikir le sendiri.....

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com

Wednesday, October 13, 2010

Melayukah jika....?

Cucu kita jika anak perempuan kita berkahwin dengan lelaki Belanda; Melayukah dia?
Anak saudara kita jika adik permpuan kita berkahwin dengan lelaki Belanda; Melayukah dia?
Sepasang suami isteri Melayu yang telah tinggal di Belanda dan mendapat beberapa orang anak, dan anak itu tidak tahu berbahasa Melayu dan tiada tahu adat Melayu; Melayukah anak-anak itu?
Sepasang suami isteri Melayu telah berhijrah dan telah murtad dari Islam, menganuti agama lain; Melayukah mereka?
Fikirkanlah jawapan nya......
Maka apa perlu kita kecoh-kecoh dengan Melayu.......

Tuesday, October 12, 2010

Fw: Re: to ponder.....change

"You can't move so fast that you try to change the mores faster than people can accept it. That doesn't mean you do nothing but it means that you do the things that need to be done according to priority."
--Eleanor Roosevelt,
1st chairwoman of the United Nations Human Rights Commission,
quoted for her birthday, Oct. 11, 1884

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com

-----Forwarded by Dr Ahmad Azman Mohd Anuar/JOHOR/UiTM on 10/13/2010 03:00PM -----

To: Dr Ahmad Azman Mohd Anuar <ahmad022@johor.uitm.edu.my>
From: "Steve F. Foster" <steveffosterphd@cs.com>
Date: 10/12/2010 08:07PM
Subject: Re: to ponder.....change

Thanks for the inspirational quotations you've been sending along. Here's one someone recently sent me on Change Management:
"You can't move so fast that you try to change the mores faster than people can accept it. That doesn't mean you do nothing but it means that you do the things that need to be done according to priority."
--Eleanor Roosevelt,

1st chairwoman of the United Nations Human Rights Commission,

quoted for her birthday, Oct. 11, 1884




On 10/5/2010 10:44 AM, Dr Ahmad Azman Mohd Anuar wrote:
Reading without reflecting is like eating without digesting.  
~Edmund Burke

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +31616876609
www.drazman.blogspot.com
=


Two new tolled highways for Selangor: report

Harakahdaily

PETALING JAYA, Oct 12: The construction of two new tolled highways in Selangor is expected to be announced during the budget speech this Friday, according to financial weekly The Edge.

The paper's online news portal reported that two new highways would be built in Selangor to alleviate traffic woes plaguing road-users in the Klang Valley.

According to the sources of the report, the highway linking Damansara to Kinrara was proposed to divert traffic from the ever congested Damansara Puchong Expressway (LDP).

Meanwhile, the Damansara-Sungai Buloh highway is expected to see a new highway or bypass being built.

It was understood that Plus Expressways Bhd was appointed as the concessionaire for the route from Damansara to Kinrara, while Permodalan Nasional Bhd (PNB) was appointed as the operator of the concession for the shortcut from Damansara to Sungai Buloh.

The construction of two routes is believed to be an important focus in infrastructure development plan which will be announced in the Budget 2011 speech.

Apart from that, The Edge also reported that Penang and Federal Territory Kuala Lumpur would also see their existing highway being upgraded to facilitate smoother flows of traffic.

It was also reported that a bypass or upgrading is being considered for the Sungai Dua to Juru road under PLUS’s supervision in Penang, which is currently a toll-free road, while city folks will benefit from PNB's upgrading of the Ampang-Cheras highway.

There are presently 22 toll road concessionaires in the country.

Note:

Di Belanda tiada lebuhraya yang dikenakan tol, semua percuma. Pernah ada ura-ura untuk membina lebuhraya tol tetapi mendapat bantahan rakyat maka dibatal cadangan tersebut.

to ponder.....driving

Any man who can drive safely while kissing a pretty girl is simply not giving the kiss the attention it deserves.  
~Albert Einstein

The best car safety device is a rear-view mirror with a cop in it.  
~Dudley Moore

Note:
Sepanjang aku tinggal di Belanda belum pernah aku melihat pemandu atau penumpang kereta membuang sampah walaupun puntung rokok di jalanraya. Berbanding di Malaysia bukan setakat puntung rokok, bungkusan McDonald, kulit rambutan, malah kulit durian pun pernah aku nampak di campak dari kereta ke atas jalanraya!!! Berbeza sungguh sikap kita ini.
Juga sepanjang aku tinggal di sini jarang sekali aku melihat kemalangan jalanraya, malah kemalangan ngeri tidak pernah aku dengar sejak berada disini. Memandu di sini sungguh mencabar dan perlu kepada tumpuan yang tinggi, sebab di sini basikal banyak terutama di kawasan pusat bandar, di atas jalan yang sama terdapat "tram" yang bersimpung siur. Aku lihat disini sikap pemandu jauh berbeza, contohnya kita di M'sia apabila nak lintas jalan kita kena tunggu sehingga tiada kereta baru boleh lintas, tetapi disini kereta akan tunggu sehingga tiada pejalan kaki atau penunggang basikal baru boleh jalan. Sesungguhnya sikap pemandu perlu kita ubah bagi menjamin keselamatan jalanraya.......

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +310634028638
www.drazman.blogspot.com

Monday, October 11, 2010

Pemandu dan sampah

Sepanjang aku tinggal di Belanda belum pernah aku melihat pemandu atau penumpang kereta membuang sampah walaupun puntung rokok di jalanraya. Berbanding di Malaysia bukan setakat puntung rokok, bungkusan McDonald, kulit rambutan, malah kulit durian pun pernah aku nampak di campak dari kereta ke atas jalanraya!!! Berbeza sungguh sikap kita ini.
Dr Azman
The Hague, Netherlands

Suhu 18 walaupun mentari sinar terang

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Sunday, October 10, 2010

Brussel, Belgium

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Saturday, October 9, 2010

Zaans

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Volendam

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Friday, October 8, 2010

E 200

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Masjid Indonesia

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Masjid Indonesia di Belanda

Kutbah jumaat hari ini ialah kisah Qarun dan hartanya.
Dr Azman
The Hague, Netherlands

Itik angsa

Angsa di depan rumah. Angsa ini adalah angsa liar dan bebas, selalu diberi makan oleh org yg lalu lalang. Kalau di Malaysia dan lama jadi korban dalam kuali, bikin rendang. Berbeza sungguh budaya dan mentaliti kita.
Dr Azman
The Hague, Netherlands

to ponder.....knowledge

Knowledge raises the low, but ignorance brings down the mighty. 
     Ali (ra)

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +31616876609
www.drazman.blogspot.com

Thursday, October 7, 2010

Aku kat Brugge, Belgium

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Wednesday, October 6, 2010

Kabus tebal pagi ini

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Pagi ni kabus

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Windmill

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Aku

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Gear in the windmill

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Dalam windmill

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Windmill 2

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Windmill

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Kinderdijk

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Kapal warna oren

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Atas kapal di Rotterdam

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Rotterdam, pelabuhan ke 3 terbesar di dunia

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Kapal sedut pasir bagi kedalaman pelabuhan

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Port of Rotterdam

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Zul di Rotterdam

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Kapal di Rotterdam

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Rotterdam

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Tuesday, October 5, 2010

Alat bantuan kecemasan

Ini adalah alat bantuan kecemasan sakit jantung (defib..) Terdapat di Schipol Airport.
Dr Azman
The Hague, Netherlands

to ponder.....thinking

Reading without reflecting is like eating without digesting.  
~Edmund Burke

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +31616876609
www.drazman.blogspot.com

Monday, October 4, 2010

to ponder.....vacation

A vacation is having nothing to do and all day to do it in.  
~Robert Orben

Note:
I am on a very long vacation, luckily I've a lot of things to do, and all day to do it.

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +31616876609
www.drazman.blogspot.com

Friday, October 1, 2010

Masjid Turki

Aku solat jumaat di masjid ini hari ini. Masjid ini dibina oleh masyarakat turki yg tinggal di sini. Masjid ini terletak di tengah-tengah pusat bandar The Hague, di panggil kawasan Centrum.
Dr Azman
The Hague, Netherlands

Islam Menghebatkan Melayu

Kita berbangga kerana kejayaan satu-satu usaha. Menjadi satu-satu bangsa bukan kerana usaha apa-apa, ditakdirkan Allah begitu.

Tidak adil bagi Allah kiranya Dia melebihkan satu-satu bangsa atas bangsa lain. Bangsa yang tidak dilebihkan akan terasa hina tak pasal-pasal.

Allah sendiri berfirman:

Bermaksud: “Hai, manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengenal.” (Surah Al Hujuraat, ayat 13)

Persoalan penegasan Allah ini, satu-satu bangsa itu akan menjadi hebat apabila bangsa itu mencapai tahap kemuliaan dan diperkasakan dengan ketakwaan. Kemuliaan bermakna beriman dengan penuh yakin dan istiqamah kepada ajaran Islam. Sementara takwa merupakan ukuran kehebatan dan keperkasaan bangsa itu berusaha menegak apa yang diperintah (perkara maaruf) di sisi Allah dan sentiasa meninggalkan malah mencegah daripada melakukan apa yang dilarang (perkara mungkar) di sisi Allah. Maknanya nilai bangsa itu akan dipandang hebat apabila ia mencapai tahap kemuliaan dan ketakwaan menurut acuan Allah SWT. Bukannya hebat bangsa itu kerana namanya atau kuatnya semangat perkauman Melayu atau Cina atau India dan sebagainya.

Cuba fahami hadis baginda Rasulullah SAW yang bermaksud, “dengarlah dan taatlah sekalipun yang (menjadi ketua) memerintah kamu itu seorang hamba Habsyi.

Maknanya, atas nama apa bangsa (walaupun sifatnya hodoh) ia bukannya ukuran darjat kemuliaan. Demikianlah bangsa Arab dari Mekah bila berpindah (hijrah) ke Madinah al-Munawarah, Rasulullah tidak menyebutnya ‘al-Makkiyin’ tetapi disebut ‘al-Muhajirin’. Serupa juga Arab Madinah yang menyokong Rasulullah tidak disebut ‘al-Madaniyyin’ tetapi disebut ‘al-Ansar’ iaitu dilenyapkan gelaran atau identiti bangsa masing-masing dan ditimbulkan jasa bakti mereka kepada agama Allah.

Tiada nilai bila tolak Islam

Sudahlah begitu, Melayu sekarang tolak Islam ganti dengan kebangsaan (nasionalis). Makin lagi tidak ada nilai di sisi Allah. Jika itu bangsanya kita (tolak Islam), tambah malu saya jadi Melayu!

Cuba perhatikan dalam takbir hari raya. Ada disebutkan :

Bermaksud, “dan yang memuliakan tentera-Nya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (kekuasaan-Nya).”

Kedua-duanya disebut beramai-ramai dalam masjid. Maka ia sudah menyatakan suatu kenyataan politik dalam masjid dan ketika berhari raya. Bagaimana mungkin nilai-nilai politik itu diasingkan dalam urusan agama?. Maka cara Islam, di mana-mana saja politik dengan agama tidak boleh dipisahkan hatta dalam masjid!

Dasar Islam adalah jelas. Islam menolak fahaman sekular. Soalnya sebab apa Negara kita ini dikatakan sekular. Puncanya tidak lain kerana ada loophole apabila Inggeris tinggalkan kepada kita kesan-kesan “devide and rule” yang merupakan permainan penjajah musuh Islam agar orang Islam sendiri terikut-ikut dan tidak berdaya mengubahnya. Benarkah begitu? Sehingga kita tidak terikat dengan fahaman penjajah.

Tiada halangan untuk Islam

Pernah ada kenyataan dari pihak Majlis Peguam Muslim, betapa dalam perlembagaan tidak pun dinyatakan sebarang peruntukan yang mengesahkan Negara kita adalah sekular. Malah seorang pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari turut menegaskan hakikat Islam adalah agama persekutuan yang sepatutnya diperundangkan dan diamalkan di dalam setiap segi kehidupan di Malaysia ini. Kenapakah pemimpin Umno memandang sepi kenyataan ini? Sedangkan di sisi perlembagaan Negara ia tiada halangan untuk memakai Islam, kerana ia adalah hak mutlak umat Islam. Maka tiadalah secular sebagaimana didakwa.

Solanya ada pemimpin Umno yang beria-ia mempertahankan amalan sekular dengan menolak dasar Islam dalam keadaan tertentu, dan menerima Islam di mana ia menguntungkan Umno. Justeru memang layak Umno dikalah dalam pilihan raya demi untuk diberi pula peluang kepada pihak lain berkuasa. Baru perlembagaan dapat diperjelaskan mengikut maksud sebenarnya. Dalam hal ini, orang Umno patut malu kepada orang India (yang belum Islam) seperti Balasundram dari Dewan Himpunan Penyokong PAS yang sedia menganjurkan seminar bagi memperjelaskan keadilan Islam kepada pihak yang belum memahami hakikat adilnya hukum Islam! Apakah selama ini, pihak Umno tidak terfikir untuk membuat perkara yang sama kepada rakan-rakan dalam BN?

Umno punca keliru

Apa yang mengelirukan umat Malaysia, Umno sendiri mengaku perjuang Islam, tapi masih tolak Islam, seperti undang-undang jenayah dalam Islam (hudud). Sebaliknya Umno terus berkeras dengan kebangsaan (perjuangan untuk bela Melayu). Malah berbangga dan mengagung-agungkan semangat perkauman yang sempit dengan melaungkan ‘hidup Melayu.’

Maka suka saya nyatakan, sudah berkali-kali saya mengajak Umno agar mengubah dasar itu. Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno. Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Mahasiswa lawan Auku, rakyat perlu buka mata

Mahasiswa lawan Auku, rakyat perlu buka mata

to ponder.....Government

Majority rule only works if you're also considering individual rights.  Because you can't have five wolves and one sheep voting on what to have for supper.  
~Larry Flynt

Note:
Netherlands masih belum wujud kerajaan, walaupun hampir 5 bulan lepas pilihanraya.
Belgium hampir satu tahun tanpa wujud kerajaan.
Kedua-dua negara ini berjalan seperti biasa tiada sebarang kekecohan. Ironi nya ialah kedua-dua negara ini sentiasa bertukar parti yang memerintah. 

Dr Ahmad Azman Mohd Anuar
The Hague
Netherlands
Tel: +31616876609
www.drazman.blogspot.com

Sinar mentari

Dr Azman
The Hague, Netherlands

Matahari

Hari ini matahari keluar kembali, tetapi sinaran mentari disini tidak seterik seperti di Malaysia.
Dr Azman
The Hague, Netherlands