Monday, March 31, 2008

April Fool?




Pada pagi yang indah ini, aku menghadiri kuliah ku seperti yang terjadual, sungguh terkejut aku mendapati hanya seorang pelajar ku yang menghadirkan dirinya, nama beliau ialah Nur Fatin. Sedang aku bertanya-tanyakan kepada Nur fatin dimana kah rakan-rakannya yang lain? Sedang aku menulis untuk blog ini muncul 2 orang lagi pelajar aku, yang selalu lewat masuk kelas iaitu Siti Noorbahiyah dan Norain Hamdan. Hari ini merupakan hari terahkir kuliah untuk semester ini. Mungkin kita tidak akan bertemu lagi didalam situasi atao kontek sebagai pensyarah pelajar. Mengapa kah ini terjadi dengan pelajar2 di institusi pengajian tinggi. Adakah ini sikap sebagai pelajar yang cemerlang, gemilang, terbilang atau temberang. Mungkin disebabkan mereka sedang menyiapkan tugasan yang telah aku berikan, kerana hari ini merupakan dateline untuk menyerahkan tugasan masing2. Ini lah senarion pelajar IPT yang selalu menangguh2 kerja untuk dibuat di saat akhir.
Hari ini tercipta sejarah dalam hidup aku, pelajar aku gagal menghadiri kelas mereka.......

Sunday, March 30, 2008

Khutbah Jumaat




Hari Jumaat 28 Mac 2008 di Masjid Tangkak, khutbah jumaat yang aku dengar sangat menggagumkan dengan suara lantang khatib berkhutbah mengenai dunia hiburan. Terkejut aku, di negeri yang pekat darah birunya berani menghentam dunia hiburan yang diterajui oleh kerajaan nasional, rancangan dunia hiburan seperti; konsert Akademi Fantasia dan rancangan yang sebanding dengan nya. Rancangan hiburan yang dijadikan umpan pilihanraya. Berani sungguh khatib tersebut. Ini lah dinamakan anak jantan berani menyatakan yang benar dan menyanggah yang batil.

to ponder....


If you're not doing something with your life, it doesn't matter how long it is.
Peace Corps Commercial.

Thursday, March 27, 2008

to ponder....



The difference between what we do and what we are capable of doing would suffice to solve most of the world's problems.
Mahatma Gandhi

Wednesday, March 26, 2008

to ponder....

Image is what people think we are. Integrity is what we really are.
John C. Maxwell

Wednesday, March 5, 2008

Siapa yang cerdik?


Semalam sedang aku dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. Di atas lebuhraya Utara Selatan aku terlihat 2 buah lori treler kargo yang sarat dengan muatan sedang bergerak perlahan lalu aku memintas lori-lori tersebut sambil membunyikan hon kereta ku tanda hormat kepada mereka.

Mengapa aku hormat mereka? Mengapa aku membunyikan hon dengan mesra kepada mereka?

Ku lihat sebuah lori dengan bangga mengibarkan 2 helai bendera berwarna hijau yang berlambangkan bulan menganbang. Sementara sebuah lagi lori mengibarkan kenderaan berwarna biru cerah berlambangkan mata dengan megahnya.

Perkara yang membuat aku memberi hormat kepada mereka ialah keberanian mereka untuk menyatkan sokongan dan pendirian mereka. Buka lah tujuan aku untuk memperlekehkan mereka, tetapi mereka yang rata-rattahu kurang sikit dari segi taraf pendidikan berani menyuarakan pendapta dan sokongan mereka.

Persoalannya ialah bagaimanakan kita yang dikatakan cerdik dan pandai? Mereka yang kurang terpelajar mengakui tentang kelemahan, kecurangan, pembohongan, korup, kroni dan sebagainya pemerintahan negara ini.

Bagaimana kita, adakah kita telah mengakui dan menyelidiki dan seterusnya menyatakan pendirian kita???????

Tuesday, March 4, 2008

Fikirkan......

Beberapa malam yang lalu semasa sedang memandu di bandar Melaka, saya terlihat segerombolan anak muda menunggang motosikal ala Mat Rempit. Menunggang motosikal mereka dengan laju dan merbahaya. Gerombolan anak muda memakai T-shirt berlambang Dacing sambil mengibar bendera berwarna biru pekat. Cara mereka menunggang yang merbahaya ke hulu ke hilir dengan riuh rendah, bising menyakitkan telinga. Ada pula penunggang yang membawa pembonceng dari kaum hawa. Saya rasa ramai yang faham dan tahu fenomena Mat Rempit ini, maka tak perlu lah saya huraikan lebih lanjut.
Bukan fenomena mat rempit itu persoalan saya ketika ini, tetapi ialah adakah mereka ini merupakan golongan pelapis kepada pemimpin bagi parti dacing?

Sunday, March 2, 2008

Tinju

Semalam saya menonton siaran TV Astro, rancangan sukan tinju. Dua orang peninju bertarung didalam rancangan tersebut. Di satu pihak peninju yang memakai seluar hijau sementara lawan nya memakai seluar biru. Peninjau yang memakai seluar hijau mempunyai tubuh badan yang kecil berbanding lawan nya. Yang pelik nya ialah peninju kecil ini telah di ikat kaki, tangan, dan mata ditutup dengan kain. Dalam keadaan di ikat ini peninju kecil di belasah dengan hebat nya oleh peninjau yang memakai seluar biru. Peninju biru tersebut menumbuk dan memukul bertubi-tubi ke atas tubuh kecil peninju hijau. Tetapi aneh nya peninju hijau ini tetap berdiri teguh…..

Tinju

Semalam saya menonton siaran TV Astro, rancangan sukan tinju. Dua orang peninju bertarung didalam rancangan tersebut. Di satu pihak peninju yang memakai seluar hijau sementara lawan nya memakai seluar biru. Peninjau yang memakai seluar hijau mempunyai tubuh badan yang kecil berbanding lawan nya. Yang pelik nya ialah peninju kecil ini telah di ikat kaki, tangan, dan mata ditutup dengan kain. Dalam keadaan di ikat ini peninju kecil di belasah dengan hebat nya oleh peninjau yang memakai seluar biru. Peninju biru tersebut menumbuk dan memukul bertubi-tubi ke atas tubuh kecil peninju hijau. Tetapi aneh nya peninju hijau ini tetap berdiri teguh…..

Saturday, March 1, 2008

Kereta Mewah

Hujung minggu ini kelihatan begitu banyak kereta-kereta besar, seperti Mercedez, Volvo dan lain-lainjenis lagi, keluar masuk kampung, kehulu kehilir. Kereta yang membawa lambang-lambang parti politik masing-masing. Tetapi anehnya kereta-kereta besar ini milik partri berkuasa, sedangkan kereta-kerat parti lawan pulak hanya dari jenis yang daif seperti sebuah kereta yang saya lihat iaitu kereta jenis Datsun 120Y, model sekitar awal '70an yang dipandu seorang lelaki yang agak berumur memakai kopiah lusuh di kepala. Siapakah pejuang parti lawan ini, yang saya kiar mungkin kais pagi makan pagi, tetapi begitu bersemangat masuk kampung keluar kampung dengan kereta buruknya. Adakah ini pejuang sebenar?
Sementara si kereta mewah dan besar pula dengan cermin gelap sekeling kenderaan masuk kampung keluar kampung setiap 4 atau 5 tahun sekali. Orang kampung pula terlopong, ternganga melihat kereta-kereta mewah model terbaru yang bergolek menggilis tahi-tahi kerbau dan lembu di atas jalan-jalan kampung.
Orang kampung, rakayat kebanyakan terlopong mulut, melihat kereta-kereta mewah ini, bagai di cucuk hidung seperti kerbau dan lembu milik mereak, mengangguk-angguk mengiya apa yang diperkatakan oleh si kereta mewah. Termakan orang kampung akan umpan, gula-gula si kereta mewah yang datang masuk kampung 4, 5 tahun sekali. Kesian orang kampung.....!!!!