Tuesday, March 4, 2008

Fikirkan......

Beberapa malam yang lalu semasa sedang memandu di bandar Melaka, saya terlihat segerombolan anak muda menunggang motosikal ala Mat Rempit. Menunggang motosikal mereka dengan laju dan merbahaya. Gerombolan anak muda memakai T-shirt berlambang Dacing sambil mengibar bendera berwarna biru pekat. Cara mereka menunggang yang merbahaya ke hulu ke hilir dengan riuh rendah, bising menyakitkan telinga. Ada pula penunggang yang membawa pembonceng dari kaum hawa. Saya rasa ramai yang faham dan tahu fenomena Mat Rempit ini, maka tak perlu lah saya huraikan lebih lanjut.
Bukan fenomena mat rempit itu persoalan saya ketika ini, tetapi ialah adakah mereka ini merupakan golongan pelapis kepada pemimpin bagi parti dacing?

1 comment:

nAdZmIE ShaH 0101 said...

Ha... tu ar hakikatnye....
Mat2 rempit tu diupah untuk jalankan tugas mengibarkan bendera tu. tp persoalannya adakah pemimpin yg mmberi upah tu x perasan atau buat2 x perasan dgn cara mat2 rempit tu mngibarkan bndera. realiti nya mreka cme nk mnunjukkan yg parti mreka tu ramai pngikut & mggunakan cara mudah utk 'mempromosikan' parti. mcm x ckup2 lg promote dlm surat khabar, tv & iklan2 smpaikan nk kna upah mat2 rempit tu?? kata nk hapuskan mat2 rempit, tp mreka seolah2 bg subsidi kat bdk2 rempit tu utk mneruskan aktiviti mreka.