Monday, March 31, 2008

April Fool?




Pada pagi yang indah ini, aku menghadiri kuliah ku seperti yang terjadual, sungguh terkejut aku mendapati hanya seorang pelajar ku yang menghadirkan dirinya, nama beliau ialah Nur Fatin. Sedang aku bertanya-tanyakan kepada Nur fatin dimana kah rakan-rakannya yang lain? Sedang aku menulis untuk blog ini muncul 2 orang lagi pelajar aku, yang selalu lewat masuk kelas iaitu Siti Noorbahiyah dan Norain Hamdan. Hari ini merupakan hari terahkir kuliah untuk semester ini. Mungkin kita tidak akan bertemu lagi didalam situasi atao kontek sebagai pensyarah pelajar. Mengapa kah ini terjadi dengan pelajar2 di institusi pengajian tinggi. Adakah ini sikap sebagai pelajar yang cemerlang, gemilang, terbilang atau temberang. Mungkin disebabkan mereka sedang menyiapkan tugasan yang telah aku berikan, kerana hari ini merupakan dateline untuk menyerahkan tugasan masing2. Ini lah senarion pelajar IPT yang selalu menangguh2 kerja untuk dibuat di saat akhir.
Hari ini tercipta sejarah dalam hidup aku, pelajar aku gagal menghadiri kelas mereka.......

3 comments:

khairun najwa said...

Assalamualaikum Dr... ape perasaan Dr. ble cume sorang peajar je yang datang kelas? Bg sye, x sepatutnye buat camtu, lebih-lebih lg kelas da nak abes.... dan ape pandangan Dr. tentang April Fool... "April Bodoh?"

Khairun Najwa said...

Erm... mane gamba, blum upload lg...

Dr Azman said...

Saya tak kisah, sebab saya dah buat yang terbaik. Yang rugi bukan saya, yang rugi adalah mereka dan keluarga mereka....