Saturday, March 1, 2008

Kereta Mewah

Hujung minggu ini kelihatan begitu banyak kereta-kereta besar, seperti Mercedez, Volvo dan lain-lainjenis lagi, keluar masuk kampung, kehulu kehilir. Kereta yang membawa lambang-lambang parti politik masing-masing. Tetapi anehnya kereta-kereta besar ini milik partri berkuasa, sedangkan kereta-kerat parti lawan pulak hanya dari jenis yang daif seperti sebuah kereta yang saya lihat iaitu kereta jenis Datsun 120Y, model sekitar awal '70an yang dipandu seorang lelaki yang agak berumur memakai kopiah lusuh di kepala. Siapakah pejuang parti lawan ini, yang saya kiar mungkin kais pagi makan pagi, tetapi begitu bersemangat masuk kampung keluar kampung dengan kereta buruknya. Adakah ini pejuang sebenar?
Sementara si kereta mewah dan besar pula dengan cermin gelap sekeling kenderaan masuk kampung keluar kampung setiap 4 atau 5 tahun sekali. Orang kampung pula terlopong, ternganga melihat kereta-kereta mewah model terbaru yang bergolek menggilis tahi-tahi kerbau dan lembu di atas jalan-jalan kampung.
Orang kampung, rakayat kebanyakan terlopong mulut, melihat kereta-kereta mewah ini, bagai di cucuk hidung seperti kerbau dan lembu milik mereak, mengangguk-angguk mengiya apa yang diperkatakan oleh si kereta mewah. Termakan orang kampung akan umpan, gula-gula si kereta mewah yang datang masuk kampung 4, 5 tahun sekali. Kesian orang kampung.....!!!!

No comments: